Other’s – Kebanjiran PATI

Kebanjiran PATI

Rakyat Malaysia secara umumnya berpandangan bahawa kemasukan warga asing khususnya dari Afrika telah memberi kesan secara langsung dalam peningkatan kadar jenayah khususnya :

1- Jenayah komersial seperti sindiket penipuan siber

2- Jenayah berat seperti samun

3- Jenayah pemerdagangan dadah dan senjata di Malaysia.

Bahkan, Malaysia pernah dikejutkan dengan penahanan seorang lelaki warga Nigeria berhubung kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamaruddin yang menyayat hati,

Ramai di kalangan mereka yang asalnya masuk melalui visa pelajar dan menuntut di IPT swasta tetapi tidak kembali pulang ke negara asal serta terlibat dengan pelbagai aktiviti yang tidak sihat.

Kerajaan dan agensinya mesti memandang berat terhadap kebanjiran pendatang warga asing khususnya daripada Afrika yang terlibat dengan kes-kes jenayah berat.

Ini adalah isu keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dan negara.

kuti perkongsian di [ t.me/zainurrashid ]

Leave a comment