ASSALAMUALAIKUM
RENUNGAN SYAWAL
Drp Ibnu Mas’ud ra bahawa ia berkata, “Rasulullah saw membuat garis lurus utk kami lalu beliau bersabda;
Ini adalah jln Allah.
Kemudian beliau membuat garis dikanan dan kiri garis tadi lalu beliau bersabda :
Ini adalah jln2 yg banyak, disetiap jln ini ada syaitan yg memanggil kpdnya. Kemudian beliau membaca ayat 153 dlm surah Al An’aam dimana Allah berfirman yg bermaksud :
Dan sesungguhnya inilah jln Ku yg lurus. Maka ikutilah. Jgn kamu ikuti jln2 (yg lain) yg akan mencerai beraikan kamu dari jln Nya
(HR Ahmad)
PENGAJARAN HADIS :
Sesungguhnya jln Allah yg lurus hanya satu sebagaimana yg telah dijelaskan oleh Rasulullah saw sedangkan jln2 syaitan byk sekali dan baginda telah memberikan peringatan keras tentangnya kerana ianya merupakan jln2 menuju kesesatan. Justeru itu baginda mengingatkan kpd umatnya agar sentiasa berpegang kpd al Quran dan sunnah serta sentiasa bersama jemaah kaum muslimim.
Apa yg telah disabdakan oleh Rasulullah saw tentang byknya jln syaitan memang terjadi pada zaman kita pada hari ini. Fitnah sesama muslim bertebaran disana sini. Tambahan pula kita hidup didalam dunia tanpa sempadan yg mana fitnah itu hanya dihujung jari saja dan tanpa sedar kita telah mengikuti jln2 syaitan. Justeru itu kembalilah kpd kitabullah dan sunnah serta bergabunglah dgn jemaah kaum muslimim agar kita selamat drp jln kesesatan yg membawa kita kpd kesengsaraan….
RENUNG2KANLAH
@islamitu_indah
