N A M A N E R A K A
D A N P E N G H U N I N Y A
Daripada Anas bin Malik r.a berkata, sewaktu Jibril a.s menceritakan kepada Nabi s.a.w mengenai Neraka, Jibril a.s menerangkan 7 pintu Neraka dan para penghuninya:
Pintu paling bawah bernama ALHAWIYAH – Untuk orang-orang munafik dan kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s serta keluarga Firaun
Pintu kedua bernama JAHIM – Untuk orang-orang Musyrikin
Pintu ketiga bernama SAQAR – Untuk golongan yang melalaikan solat mereka
Pintu keempat bernama LADHA – Untuk Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi
Pintu kelima bernama HUTHOMAH – Untuk orang-orang Yahudi
Pintu keenam bernama SA’IER – Untuk orang-orang Nasara
Kemudian Jibril a.s terdiam seketika, hingga Nabi s.a.w bertanya, “Mengapa engkau tidak terangkan penduduk pintu ketujuh?”
Maka Jibril a.s menjawab, “Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari umatmu yang sampai mati belum bertaubat
Maka Nabi s.a.w jatuh pengsan, hingga Jibril a.s meletakkan kepala Nabi s.a.w di pangkuannya sampai baginda sedar kembali
Setelah sedar Nabi s.a.w bersabda, “Ya Jibril sungguh besar kerisauanku, apakah ada seorang dari umatku akan masuk ke dalam Neraka?”
“Ya, orang-orang yang berdosa besar dari umatmu,” jawabnya
Kemudian Nabi s.a.w menangis, Jibril a.s pun menangis
Lalu Nabi s.a.w masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk solat kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang
Apabila solat, baginda selalu menangis dan berdoa kepada Allah
Sahabat Umar r.a dan Salman Al-Farisi pun datang ke rumah baginda tapi tidak dapat bertemu Nabi s.a.w
Baginda Nabi s.a.w menangis di dalam rumahnya selama beberapa hari hingga muram mukanya kerana membayangkan umat baginda
Betapa mengerikannya seksa yang dihadapi oleh umat Rasulullah s.a.w. Betapa sayangnya Nabi s.a.w terhadap kita
@islamitu_indah
