Islamic – Ceria Pagi SEPULUH WASIAT AS SYAHID HASSAN AL BANNA

🌻Ceria Pagi🌻
Assalamualaikum dan Selamat Pagi..

SEPULUH WASIAT AS SYAHID HASSAN AL BANNA As Syahid Hassan al Banna (1906-1949) kekal dalam ingatan dan menjadi inspirasi kepada mereka yang mencintai gerakan perjuangan Islam. Beliau adalah seorang reformis Islam yang lahir daripada kesedaran setelah masyarakatnya dipengaruhi oleh budaya sekular akibat penjajahan British. Menyedari keadaan masyarakat yang berada diambang kemusnahan akibat terlalu banyak kemungkaran, sejak di bangku persekolahan lagi anak muda ini menubuhkan *Pertubuhan Mencegah Kemungkaran.* Menjalankan aktiviti dakwah di merata-rata tempat dari warung-warung kopi hinggalah ke kelab-kelab malam dalam menyeru umat Mesir supaya kembali ke pangkal jalan. Pengaruhnya kian menular setelah tertubuhnya Ikhwanul Muslimin pada tahun 1928 yang akhirnya cenderung kepada pertubuhan politik dan dilihat oleh kerajaan mampu menggugat pentadbirannya. Akhirnya secara ringkas, beliau telah dibunuh oleh pembunuh upahan kerana dianggap sebagai ancaman kepada negara pada tahun 1949. Walau bagaimanapun gerakan tersebut terus subur di Mesir hinggalah pemimpinnya Mohamed Morsi memenangi pilihanraya tahun 2012, tetapi tidak lama kemudian telah ditahan oleh pihak yang tidak ingin melihat kebangkitan Islam. Beliau digulingkan dan dipenjarakan pada tahun 2013. Beliau akhirnya meninggal dunia setelah pengsan di mahkamah dalam perbicaraan atas pertuduhan mengancam kestabilan negara. Sepuluh wasiat As Syahid Hassan al Banna buat renungan kita pada pagi ini;

1️⃣ Jika anda mendengar azan, segeralah lakukan solat walau bagaimana sibuk sekalipun.

2️⃣ Bacalah al Quran, lakukan pengkajian, dengarlah pengajian dan berzikirlah.

3️⃣ Biasakanlah berbicara dalam bahasa Arab yang standard.

4️⃣ Jangan memperbanyak perdebatan dalam semua urusan.

5️⃣ Jangan terlalu banyak ketawa.

6️⃣ Jangan terlalu banyak bergurau.

7️⃣ Jangan bersuara keras melebihi keperluan pendengar.

8️⃣ Jangan mengumpat seseorang, jangan merendah lembaga Islam, jangan berbicara kecuali kebaikan.

9️⃣ Berkenalanlah dengan saudara dan teman yang anda jumpai.

1️⃣0️⃣ Kewajipan itu lebih banyak dari waktu yang anda milik. Oleh kerana itu beritahulah orang lain agar memanfaatkan waktunya. Kalau anda berurusan, persingkatkan pelaksanaannya. Semoga sepuluh wasiat ini sentiasa menjadi amalan kita lebih-lebih anak muda, bakal peneraju negara pada masa depan. Seharusnya generasi lama menjadi mentor kepada yang baharu dalam mencorak halatuju negara. Jangan dibunuh semangat yang berputik kerana benihnya akan kepupusan, belailah ia agar sentiasa subur di persada negara.

🌷 والله أعلم🌷

Leave a comment