32 DOKTOR DI YAMAN SYAHID AKIBAT COVID-19
SANA’A – Kira-kira 32 orang doktor di Yaman meninggal dunia akibat wabak COVID-19, lapor Middle East Monitor.
Doktor Mohammed Ahmed Seif adalah mangsa terbaharu pandemik itu yang dilaporkan meninggal dunia di wilayah Selatan Taiz.
“Seif adalah syahid ke-32 dari wabak coronavirus,” kata sumber dalam satu kenyataan.
Pada hari Isnin, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan bahawa angka kematian akibat virus di Yaman itu ‘meningkat secara membimbangkan’, memperingatkan apa yang digambarkannya sebagai ‘sistem kesihatan yang merosot’.
Sejak 2014, Yaman menderita perang yang berterusan antara pasukan pro-pemerintah dan Houthi, yang telah menawan sebahagian besar wilayah utara, termasuk ibu kota, Sanaa. – Ismaweb
IBADAH KORBAN DI YAMAN
t.me/hadispalestin/700

