PINTU SYURGA TERBUKA SETIAP HARI
Amalkan Doa ini 5x sehari. Dari Jabir r.a: “Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa ketika mendengar azan mengucapkan:
“ALLAHUMMA RABBA HAAZIHI DA’WATI ATTAAMMATI WASH-SHALAATIL QAA-IMATI AATI MUHAMMADANIL WASHIILATA WAL FADDLIILAH WAB’ATSHU MAQAAMAN MAHMUUDANIL LAZI WA’ADTAH”
(Ya Allah, penguasa panggilan yang sempurna ini dan solat yang akan ditegakkan, berilah kepada Muhammad wasilah dan keutamaan dan dudukkanlah ia pada tempat yang terpuji yang telah Engkau janjikan), maka tetaplah baginya syafaatku kelak di hari kiamat.” (Hr Bukhari)
Amalkan juga lafaz yang mulia selepas wudhu: Dari Umar bin Khattab r.a, dari Nabi SAW, Baginda bersabda, “Tidak seorangpun diantara kalian yang berwudhu dengan menyempurnakan wudhu’nya, kemudian ia mengucapkan:
“ASYHADU AN LAA ILAAHA ILLALLAH WAHDAHU LAA SYARIIKALAH WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAN ‘ABDUHU WA RASUULUH
(Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan utusanNya), kecuali dibuka kan baginya ke-8 (lapan) pintu-pintu syurga, yang dapat ia masuki dari mana pun ia suka” (HR Muslim).
Amalkan juga ini dengan seluruh jasadmu. Keutamaan Menunggu Waktu Solat: Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda, “Malaikat memintakan ampun dan rahmat untuk seseorang di antara kalian, selama orang tersebut berada di Mushalla tempat dimana ia solat di dalamnya, selagi ia tidak berhadas. Malaikat berdoa: “ALLAAHUMMA IGHFIR LAHU, ALLAAHUMMA IRHAMHU” (Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah rahmatilah dia).” (HR Bukhari).
